Tutup

Video  | Dunia

Mekanik curi pesawat sebelum terhempas

Entah di mana silapnya sampai seorang mekanik berjaya curi sebuah pesawat Alaska Airlines dan menerbangkannya. Tindakan itu bagaimanapun berakhir tragedi selepas pesawat itu terhempas. Lelaki berusia 29 tahun itu sempat membuat aksi lagak ngeri ketika dikejar pesawat pejuang tentera sebelum pesawat berkenaan menjunam dekat pulau Ketron, Washington. Dalam rakaman audio lelaki berkenaan memberitahu kepada pihak kawalan trafik udara dia sedang patah hati. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada lelaki berkenaan terselamat atau tidak dalam nahas berkenaan.