Video  | Dunia

Membaca ayat suci Al-Quran sepanjang pembedahan otak dalam keadaan sedar

Ini kisah seorang pesakit tumor di otak apabila dia menjalani pembedahan dalam keadaan sedar di sebuah hospital di barat laut India. Pembedahan berkenaan dilakukan pada khamis lepas di salah sebuah hospital di Ajmer, Rajasthan oleh pakar bedah otak Dr Surya Prakash Chaudhary. Sebelum ini pesakit berkenaan dilaporkan mengalami sakit kepala sejak tahun lalu dan Dr Surya menemui ketumbuhan di otaknya yang menjadi punca kesakitan melampau. Menurut Dr Surya, pesakit berkenaan diminta untuk membaca ayat suci alquran sepanjang pembedahan berkenaan memandangka ketumbuhan berkenaan berada di kawasan pemprosesan bahasa. Jadi, dengan membaca Alquran di sepanjang prosedur pembedahan, Dr Surya mampu mengenal pasti lokasi yang mungkin memberikan kesan kepada otaknya untuk memproses bahasa sekiranya ia dilihat di sepanjang pembedahan berlangsung. Pembedahan berkenaan berjaya! Ketumbuhan berjaya dikeluarkan dan sistem pemprosesan bahasa pesakit berkenaan juga tidak terjejas hasil prosedur pembedahan berkenaan. Menurut Dr Surya, keadaan pesakit kini semakin baik dan dia telah pun dibenarkan pulang.