Tutup

Video  | Dunia

New Zealand ubah tarikh bicara suspek Christchurch, hormati Ramadan

Mahkamah Tinggi New Zealand pada Khamis mengubah tarikh perbicaraan pengganas kulit putih yang dituduh membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch bagi mengelakkan ia bertembung dengan bulan Ramadan. Perbicaraan Brenton Tarrant dijadualkan pada 4 Mei 2020, iaitu pada bulan Ramadan dalam kalendar Islam.