Video  | Dunia

Notre Dame: Anggota bomba tidak dapat mengesan lokasi kebakaran

Anggota bomba yang memadamkan kebakaran di Gereja Notre Dame didakwa tidak dapat mengesan kebakaran pada awalnya walaupun penggera telah berbunyi 23 minit sebelum kebakaran tersebut merebak ke atap bangunan berkenaan. Pendakwa raya Paris mengumumkan pada Selasa, anggota bomba tiba di gereja itu pada 6.20 petang, setengah jam sebelum bumbung bangunan itu terbakar.