Video  | Dunia

Palestin bantah Brazil buka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis

Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Ahad memanggil pulang dutanya ke Brazil sebagai bantahan terhadap langkah membuka sebuah pejabat diplomatik negara itu di Baitulmaqdis. Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata keputusan Brazil itu dikecam dan merupakan satu "pelanggaran legitimasi antarabangsa".