Tutup

Video  | Dunia

Paut berbentuk tangga untuk selamatkan mangsa hampir hanyut

Kanak kanak berumur 11 tahun itu berjaya diselamatkan selepas tiga anggota polis dan dua orang lagi yang pantas mengambil tindakan untuk membentukkan satu 'tangga manusia' atau 'human ladder' bagi menariknya keluar dari sungai tersebut. Menurut laporan, kanak kanak itu terjatuh ke dalam sungai apabila dia sedang bermain berhampiran benteng sungai itu. Susulan kejadian itu, mangsa tersebut telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan baik.