Tutup

Video  | Dunia

Pelajar hasilkan alat kesan mangsa tertimbus dalam bencana alam

Tiga pelajar universiti Indonesia telah mencipta peranti yang menggunakan isyarat frekuensi tinggi untuk membantu mencari mangsa tertimbus selepas berlakunya bencana alam seperti gempa bumi. Pengesan yang dinamakan Detector of Interconnected Position Points atau "Deoterions" ini mengeluarkan isyarat ping dan hanya memerlukan pergerakan paling minimal seperti pernafasan yang dapat dikesan sehingga 10 kilometer jauhnya.