Video  | Dunia

Pemimpin dunia ucap takziah dan kirim doa buatChristchurch

Pemimpin pemimpin dunia mengucapkan takziah dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden yang berlaku pada tengah hari Jumaat iaitu serangan maut terhadap dua masjid di Christchurch. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, antara yang memuat naik ucapan doa dan rasa simpati buat rakyat New Zealand.