Video  | Dunia

Penduduk Odisha terjejas akibat taufan Siklon Fani

Taufan Fani yang melanda timur India, Odisha pada Jumaat telah mengakibatkan beberapa kawasan sekitar terjejas teruk. Bencana alam yang dilaporkan dengan kelajuan angin sehingga 200 kilometer sejam dan hujan lebat itu telah menumbangkan pokok-pokok dan menganggu lalu lintas di bandar tersebut.