Video  | Dunia

Pengasas Heimlich Maneuver jadi hero

Heimlich Maneuver atau gerakan Heimlich adalah satu prosedur tujahan pada abdomen yang digunakan sebagai pertolongan cemas untuk mangsa yang tercekik. Istilah Heimlich Maneuver digunakan sempena nama Dr. Henry Heimlich, yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1974. Namun ironinya, Dr Heimlich tidak pernah menggunakan Heimlich Maneuver dalam kejadian sebenar sehingga baru-baru ini.