Video  | Dunia

Penjenayah Indonesia terlibat ratusan kes serangan seksual

Penjenayah seksual yang disifatkan paling keji di Britain dipenjara seumur hidup. Ini selepas dia didapati melakukan 159 kesalahan seksual, termasuk melakukan kes rogol sebanyak 136 kali, lapor portal berita BBC. Suspek warganegara Indonesia, Reynhard Sinaga, 36 tahun, dijatuhkan hukuman minimum 30 tahun penjara oleh Mahkamah Manchester Crown pada Isnin, kerana didapati bersalah memperdaya 48 lelaki sebagai mangsa seksual.