Video  | Dunia

Penyiasat dilihat melalui tingkap kediaman Konsulat Arab Saudi

Polis Turki mendakwa memiliki bukti wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, dibunuh di bangunan Konsulat Arab Saudi, di Istanbul. Kenyataan terbaharu ini dibuat ketika pihak berkuasa Turki menggeledah kediaman Diplomat Mohammed Al-Otaibi, selepas beliau meningalkan negara itu. Menurut media Turki, Mohammed meninggalkan Turki untuk ke Riyadh melalui penerbangan jam 2 petang waktu tempatan pada Selasa. Dilaporkan, Mohammed Kembali ke tanah air, sebaik menerima berita polis Turki mahu menggeledah kediamannya. Jamal, seorang wartawan anti-kerajaan, dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu selepas dia memasuki bangunan konsulat itu. Polis Turki percaya dia dibunuh oleh ejen Arab Saudi di konsulat tersebut, sebelum mayatnya dibuang atau dihapuskan.