Video  | Dunia

Pesawat dinaiki Jennifer Aniston, Courtney Cox berdepan detik cemas

Sebuah pesawat peribadi dinaiki selebriti Jennifer Aniston dan Courtney Cox berdepan detik cemas apabila tayar belakangnya tercabut sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. Bagaimanapun kecekapan juruterbang pesawat berkenaan berjaya mengendalikan situasi itu dengan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ontario di Los Angeles.