Tutup

Video  | Dunia

Pilihan Raya Thailand: Penduduk di wilayah selatan harapkan perubahan

Setiap kali Pilihan Raya Umum Thailand, tumpuan di wilayah bergolak di selatan negara itu ialah - Yala, Narathiwat dan Pattani akan bertumpu pada 11 Kerusi Parlimen yang menjadi rebutan parti politik. Tanpa gagal, ceramah dan sesi ramah mesra yang diadakan oleh parti-parti bertanding sentiasa memikat hati ribuan penduduk yang membanjiri padang dan dewan, semata-mata mahu mendengar ucapan dan janji parti.