Video  | Dunia

Presiden Sri Lanka berjanji pulihkan kembali negara itu

Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena berikrar memulihkan kembali keadaan di negara itu termasuk menperketatkan kawalan keselamatan. Dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung, beliau berkata terdapat jalan penyelesaian yang jelas boleh dilakukan untuk mengelak dari tragedi sama berulang pada masa akan datang.