Video  | Dunia

Proses pengundian berjalan lancar - SPR Thailand

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand sahkan proses pengundian di lebih 92 ribu pusat mengundi di seluruh Thailand hari ini berjalan lancar. Pengerusi SPR Itthi-Porn Boon-Prakong berkata beribu pengundi memenuhi pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi (waktu tempatan) dan ditutup pada 5 petang.