Video  | Dunia

Sebelas suspek pembunuhan Jamal Khashoggi mula dibicarakan

Perkembangan terbaharu kes pembunuhan wartawan kanan Arab Saudi, Jamal Khashoggi. Sebelas suspek yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan kolumnis Washington Post mula dibicarakan di Arab Saudi pada Khamis. Pada perbicaraan itu Pendakwa Raya menuntut agar lima daripada sebelas suspek dijatuhkan dengan hukuman mati.