Video  | Dunia

Serangga kecil berusaha dapatkan setitik air

Rakaman serangga yang cuba untuk menangkap titisan air berjaya dirakam di Nasiriyah, Iraq. Video yang tular ini mendapat perhatian netizen kerana ia menunjukkan kesungguhan serangga itu yang mungkin atas faktor kepanasan. Video ini dirakam seorang remaja Ahmed Abbas yang ternyata gembira apabila rakamannya ini menjadi tular. Ketika ini, gelombang haba turut melanda Selatan Iraq menyebabkan cuaca kering dan panas melampau. Tambahnya, rakaman ini juga sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada projek filem pendeknya yang bakal diterbitkan berkisar tentang alam semula jadi.