Video  | Dunia

Setahun tragedi Gua Tham Luang, Thailand, satu acara amal dianjurkan

Setahun mengenang tragedi 12 pemain bola sepak pasukan Wild Boars bersama jurulatih yang terperangkap selama 18 hari dalam gua di utara Thailand. Satu acara marathon amal dianjurkan yang disertai empat ribu peserta. Acara marathon dan berbasikal yang dijalankan pada Ahad itu dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengumpul derma bagi menaiktaraf Kompleks Gua Tham Luang.