Video  | Dunia

Struktur masjid runtuh sebaik jemaah beredar akibat gegaran

Turut tular satu lagi video ketika gempa bumi di sebuah masjid yang dikatakan terletak di Indonesia. Ia menunjukan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat ketika gegaran berlaku. Gegaran kuat memaksa jemaah bertindak menyelamatkan diri. Beberapa saat kemudian sebahagian struktur masjid runtuh tepat di saf di mana jemaah berdiri. Video berkenaan bagaimanapun tidak memaparkan lokasi dan tarikh sebenar kejadian.