Video  | Dunia

Sudan Selatan perlukan dana untuk kekal bebas wabak Ebola

Sudan Selatan meminta bantuan dana segera untuk memastikan negara itu kekal bebas daripada wabak Ebola. Ia penting untuk tujuan pelaburan bagi pencegahan serta kempen kesedaran. Menteri Kesihatan Sudan Selatan berkata kes Ebola kini disahkan berlaku di Uganda, sekali gus meletakkan negara itu pada risiko yang tinggi.