Video  |  Dunia

Susulan gempa bumi di Banda Aceh

10 pelajar Universiti Teknologi Mara, UITM jurusan Sains Bio Molekul yang kini berada di Banda Aceh sempena lawatan sambil belajar berkongsi pengalaman. Salah seorang pelajar, Mohd Arif Mohd Azam memberitahu kumpulan mereka tiba di Banda Aceh kira-kira jam 2 petang Selasa waktu tempatan. Ketika kejadian dia bersama rakan-rakannya yang lain sedang nyenyak tidur.