Video  | Dunia

Syarikat berkaitan EU terima ancaman bom di Brussel

Seramai 40 orang diarahkan keluar dari bangunan berdekatan ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Brussel pada Selasa selepas satu ancaman bom dihantar kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan EU. Menurut pihak berkuasa, satu ancaman melalui panggilan telefon telah dibuat pada pagi Selasa kepada syarikat perundingan berkait Suruhanjaya Eksekutif EU.