Tutup

Video  | Dunia

Tajikistan sambut Hari Kemerdekaan, lancar turbin kedua Empangan Rogun

Sambutan Hari Kemerdekaan Tajikistan ke-28 pada Isnin diraikan secara istimewa. Selain meraikan kemerdekaannya selepas kejatuhan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) pada 1991, Tajikistan turut menyaksikan pelancaran turbin kedua Empangan Rogun. Ikuti laporan disediakan wartawan Astro AWANI, Saraya Mia yang mengikuti Majlis Pelancaran Turbin Kedua Empangan Rogun, di Tajikistan.