Video  | Dunia

Tawaran Goldman Sachs adalah amat kecil - Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tawaran RM1 bilion oleh Goldman Sachs sebagai pampasan atas tindakan mereka dalam skandal 1MDB adalah amat kecil dan tidak mencukupi. Sebaliknya tegas Tun Mahathir Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu. Beliau berkata demikian dalam sesi temubual bersama wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEAN.