Video  |  Dunia

Tentera Korea Selatan tingkatkan kesediaan

Korea Selatan meningkatkan latihan ketenteraan udara sebagai persediaan menghadapi sebarang provokasi dari rejim Pyongyang. Buat kali pertama, tentera Korea Selatan melancarkan peluru berpandu dari jet pejuang F15. Ia dilaporkan menyusuri altitud rendah sebelum mengenai sasaran di luar pantai barat negara itu.