Video  | Dunia

Tentera Thailand buru suspek bom pasar Ramadan

Pihak tentera Thailand sedang mempergiat usaha memburu suspek mendalangi serangan bom yang mengorbankan dua orang awam di sebuah pasar Ramadan di Pattani pada Isnin. Dalam kejadian 4.15 petang waktu tempatan itu, seorang remaja14 tahun dan seorang wanita 35 tahun maut manakala 22 lagi cedera, termasuk seorang kanak-kanak dua tahun.