Tutup

Video  | Dunia

Tiada negara sekejam Myanmar, peranan PBB terus dipersoal

Ketidakmampuan dunia untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar menyebabkan kepercayaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin berkurangan. Mengambil contoh seperti di negeri Jammu dan Kashmir di India, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun wujud resolusi PBB, namun negara anggota masih meminggirkan resolusi tersebut.