Video  |  Dunia

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api di Mesir

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api yang berlaku di Iskandariah, Mesir yang meragut 43 nyawa dan mencederakan 179 yang lain. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata walau bagaimanapun Kedutaan Besar Malaysia di negara itu akan terus memantau perkembangan insiden berkenaan.