Video  | Dunia

Tragedi Christchurch: 21 mangsa terbunuh dikenal pasti

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush mengesahkan bahawa identiti 21 mangsa yang terbunuh telah dikenal pasti. Dari jumlah itu, enam daripada jenazah itu telah diserahkan kepada keluarga masing-masing. Bush turut mengesahkan pihak yang terlibat dalam proses identifikasi mangsa akan sedaya upaya cuba melengkapkan proses tersebut walaupun mengambil masa yang lebih lama.