Video  | Dunia

Tragedi Notre Dame: Anggota bomba diberi pengiktirafan

Pasukan bomba yang bekerja keras untuk memadam api dalam insiden kebakaran di Gereja Notre Dame diberi pengiktirafan dalam satu upacara yang diadakan di Paris City Hall pada Khamis. Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam ucapannya berterima kasih kepada anggota bomba yang bertungkus lumus untuk selamatkan gereja bersejarah itu pada hari kejadian.