Video  | Dunia

Trump salahkan Demokrat krisis kemanusiaan di sempadan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyalahkan Parti Demokrat kerana tidak mahu menandatangani sebarang Rang Undang-Undang bagi menangani krisis kemanusiaan di sempadan selatan negara itu. Pentadbiran Trump menerima kritikan sejak kebelakangan ini mengenai keadaan di dalam fasiliti pemantauan sempadan di Clint, Texas berikutan bekalan makanan yang tidak mencukupi, tiada rawatan perubatan dan tiada pemantauan terhadap kanak-kanak.