Tutup

Video  | Dunia

Tumpang makan rumput, kejiranan Boise terima tetamu tidak diundang

Kawasan kejiranan Boise, Idaho dikejutkan dengan kehadiran kira-kira seratus ekor kambing. Kumpulan kambing berkenaan berkeliaran sambil meragut rumput di kawasan tersebut sebelum dibawa pulang tuannya. Brooklynn Jarvis menceritakan, dia dikejutkan ibunya dengan kehadiran kambing-kambing berkenan. Kambing-kambing berkenaan terlepas dari kandang milik Kim dan Matt Gabica yang menjalankan Perniagaan We Rent Goats. Kambing tersebut dibela bagi menjalankan perkhidmatan memakan rumpai dan tanaman lain yang lebih tinggi, namun - mungkin memerhatikan rumput lain yang lebih hijau... Kumpulan haiwan itu memecahkan pagar kayu dan menjelajah kawasan kejiranan.