Video  | Dunia

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di Itali

Pasukan penyelamat Itali pada Khamis giat menjalankan kerja mencari dan menyelamat saki-baki mangsa yang cedera serta terkorban akibat runtuhan sebuah lebuh raya. Menurut pihak berkuasa insiden runtuhan jejambat Morandi di Genoa itu telah meragut 39 nyawa setakat ini.