Tutup

Video  | Dunia

Video ibu selamatkan anak-anak ketika kebakaran tular

Saat getir deorang ibu yang terpaksa mencampakkan anaknya dari tingkap rumah dalam satu kebakaran tular di media sosial. Bagaimanapun belum diketahui di mana lokasi sebenar kejadian itu berlaku. Video tersebut menunjukkan wanita berkenaan mencampakkan kain terlebih dahulu kepada orang ramai yang berada di bawah untuk menyambut anaknya. Keadaan jelas kelam kabut ketika itu akibat asap tebal memenuhi ruang kediamannya. Beliau terpaksa bertindak mencampakkan anak-anaknya. Kesemua mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dilaporkan selamat.