Tutup

#AWANIJr: Hang Tuah... Mung Tunggu Aku Datang

Hang Tuah.. mung tunggu aku datang' memaparkan saat kejayaan Team Bola Sepak SK Kuala Besut ll ( SKUBEST2) yang telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Bola sepak 7s Yayasan Bank Rakyat peringkat negeri. Hasilnya team SKUBEST2 akan ke Melaka pada bulan September nanti. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, SKUBEST2 menang dengan jaringan penalti 4-3 semasa perlawanan bertemu SK Seri Budiman, Kuala Terengganu. Siti Khairun Nisrin Mohd Nadzri,9, Wartawan Bayu Tv SKUBEST2 ada laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.