#AWANIJr: Jom Safari!

Sekiranya anda inginkan aktiviti menarik di Cameron Highland yang lebih mencabar, apa kata mencuba menikmati pemandangan ladang teh di Kuala Terla dengan menggunakan kenderaan seperti 4x4, jeep ataupun ATV. Perkhidmatan sewa kenderaan sebegini disediakan oleh Cameron Adventurous yang terletak di Kuala Terla & kira-kira 2km dari Lavender. Adik Nur Ain Abdullah,16 dari SeNILAMTV PSS ALMUMTAZIN SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu ada butirannya. Mari kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.