Tutup

#AWANIJr: Nirmala

Dalam episod kali ini pengacara Al Jannah Channel mengajak kita untuk sama-sama menyaksikan video pendek istimewa yang diterbitkan oleh team Al Jannah Channel yang bertajuk Nirmala. Video Pendek yang bertemakan LR2H (Love, Respect, Humanity, Happiness) ini dibintangi oeh murid-murid dan guru-guru SK Sungai Lerek. Video pendek pada kali ini turut menampilkan Tuan Guru Besar SK Sungai Lerek dan barisan pentadbir. Hargai sebelum terlambat. Nirmalakan hati dan pekerti, hidupmu akan menjadi seindah pelangi. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.