Tutup

#AWANIJr: Nostalgia Bot Penambang

Walaupun sudah berusia 50 tahun, bot penambang Kuala Sungai Terengganu masih lagi popular sehingga ke hari ini. Namun jumlahnya sudah banyak berkurang daripada 70 buah sehari suatu masa dahulu kini tinggal 20 buah sahaja. Keunikan bot penambang yang menyusuri sungai Terengganu dari jeti Seberang Takir ke jeti Shahbandar dirakamkan oleh wartawan Dzalis Tv Muhammad Imran Iqmal Mazuki 16, dan Muhammad Haziq Zikry Mohd Hanafi 16, dari SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.