Tutup

#AWANIJr: Rayakan Sebulan

Marsya Damia Mohd Azam, 12 dan Wan Nur Aina Afrina Wan Hamizi, 10 dari Cakna TV PSS SK Chukai, Kemaman Terengganu telah membuat liputan program Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah Kebangsaan Chukai. Sambutan tersebut telah di adakan pada 13 Jun 2019 yang lalu.Jom sama-sama kita ikuti kemeriahan sambutan majlis tersebut serta aksi-aksi menghiburkan dari guru-guru SK Chukai. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.