Tutup

Banduan hasilkan pakaian jana pendapatan, kemahiran

Disebalik pintu keselamatan serta pagar yang tinggi dan berduri di penjara Peru, banduan di dalamnya sibuk menjahit pakaian mengikut fesyen terkini untuk dieskport ke negara luar. Banduan di San Pedro, sebuah penjara terkenal di ibu kota Lima menjalani hukuman penjara yang panjang atas pelbagai kesalahan seperti dadah, pembunuhan dan rompakan.