Tutup

Jangan ketinggalan sertai acara GOIFEX!

Bersenam dua atau tiga kali seminggu mungkin kedengaran berat bagi sesetengah warga kota yang sibuk dengan kerjaya, apatah lagi jika diajak melakukan aktiviti senaman setiap hari. Oleh itu, pada hujung minggu ini, GOIFEX yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya membentuk gaya hidup yang sihat, mengajak orang ramai untuk menyertai acara sukan, kecergasan dan gaya hidup yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia. Bagi mendapatkan perincian lanjut, kami terus ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersama-sama wartawan Isabelle Leong.