Tutup

Karnival Upin Ipin diserap masuk dalam kalendar pelancongan negara

Karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, Upin Ipin akan diserapkan ke dalam kalendar pelancongan negara mulai 2019 bagi menggalakkan peminat-peminat siri animasi itu dari negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei tidak ketinggalan mengunjungi karnival tahunan itu. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah, Karnival Upin Ipin pasti dapat menarik ramai pelancong luar dan tempatan untuk menjadikannya sebagai destinasi wajib untuk dikunjungi pada hujung tahun.