Ketupat Palas Hutan Kampung laris menjelang sambutan Aidilfitri

Ketupat palas lazimnya popular di negeri utara dan timur tanah air. Ia dihidangkan sebagai menu utama pada setiap perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Di Hutan Kampung, Alor Setar, perusahaan ketupat palas sejuk beku milik Che Non Ahmad, 49 tahun bukan sahaja menjadi rebutan peminat tegar produk terbabit saban tahun. Malah, untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, beliau terpaksa menutup tempahan ketupat yang diusahakannya pada minggu kedua Ramadan selepas ia melebihi sasaran ditetapkannya.