Tutup

#KomunitiAWANI: Teknik penanaman dan pemasaran tebu telur menjadi ikutan

#KomunitiAWANI 15 April 2019 menampilkan selebriti, Misha Omar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Bermula dengan kisah seorang peminat tegar kompang yang mengajar anak - anak di sekolah alat muzik tradisional itu. Seterusnya, ikuti kisah pembuatan produk kekabu menjana pendapatan penduduk di Kuala Kangsar. Jangan terlepas dengan perkongsian cerita inovasi penanaman tebu di Rantau Panjang. Kemudian, diakhiri dengan program 'Jom Breakfast Penang' khas untuk kanak - kanak yang kurang bernasib baik.