Maskara Nars terbaru beri lentikan bulu mata maksimum

Jenama kosmetik terkenal Nars memperkenalkan produk terbarunya 'Maskara Climax' dengan inovasi terkini yang memberikan lentikan bulu mata maksimum. Dilancarkan pada Jumaat, Maskara Climax datang dengan satu warna iaitu hitam dalam formula ringan, fleksibel dan tidak bergumpal.