Tutup

Pasar terapung menggamit nostalgia silam

Suatu masa dahulu sungai Pengkalan Datu jadi laluan pedagang dan juga pembesar dari Pattani, Thailand untuk bertapak di bumi Kelantan. Tidak terkecuali Cik Siti Wan Kembang dan juga Puteri Saadong yang pernah melalui sungai Pengkalan Datu untuk ke Bukit Marak, salah satu tempat persemayannya. Bagi menghidupkan kembali sejarahnya , Persatuan Warisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu membuka tapak pasar tani setiap Sabtu.