Pengguna Spotify semakin meningkat di Malaysia

Jumlah pengguna perkhidmatan penstriman Spotify di Malaysia mencatatkan peningkatan 71 peratus tahun ke tahun sejak mula beroperasi pada 2013. Pengarah Urusan Spotify Asia, Sunita Kaur berkata jumlah itu mengatasi jangkaan awal syarikat dan peningkatan dipacu minat yang mendalam terhadap muzik di kalangan rakyat Malaysia.