Pesta Songkran Perak disambut meriah

Pesta Songkran atau Festival Air yang merupakan acara wajib masyarakat Siam diharapkan akan menjadi salah satu produk pelancongan di negeri Perak. Festival tiga hari berlangsung di Pengkalan Hulu membabitkan tiga kampung itu dijangka mampu menjadi acara penting dalam menyokong Tahun Melawat Perak 2017.