Rantau Produktif [EP3]: Pinjam.co.id bangunkan anak muda Indonesia dengan kredit mikro

Dengan lebih 180 juta penduduknya yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan formal, Pinjam.co.id mengambil peluang ini untuk membuka lebih banyak pintu dan peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk berkembang. Namun, ideanya mudah, menggabungkan teknologi dan infrastruktur sedia ada di serata Indonesia untuk meluaskan capaian Pinjam.co.id. Rizal Zulkapli bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Teguh Ariwibowo di Jakarta untuk melihat kepada masa depan anak muda Indonesia dengan bantuan teknolgi kewangan.